Pusat Tuisyen

Definisi tuisyen adalah bimbingan tambahan dalam bidang pendidikan kepada pelajar sama ada secara individu atau secara berkumpulan bagi mata pelajaran yang diperlukan. Perkataan tuisyen ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, "Tuition" yang bermaksud "pengajaran". Lim Nguk Liang dan Mohd Isha Awang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyatakan bahawa pusat tuisyen adalah institusi pendidikan secara persendirian yang dikendalikan secara perseorangan atau secara berorganisasi. Menurut dua orang pengkaji dari UUM ini, aktiviti pusat tuisyen bermula pada tahun 1950an yang mengfokuskan kepada pelajar yang terpinggir dari pengajian di sekolah-sekolah kerajaan kerna sebab tertentu seperti gagal di peperiksaan awam. Hadith Ibnu Abdul Barr telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a yang mana telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa: "Carilah ilmu sekalipun di negeri Cina, kerna sesungguhnya mencari itu wajib bagi seorang muslim laki-laki dan perempuan. Dan sesungguhnya para malaikat menaungkan sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerna redho terhadap amal perbuatannya."

Fungsi sebuah pusat tuisyen adalah untuk membantu mereka (pelajar) yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran, tidak minat belajar, kurang faham atau mempunyai masalah fokus dalam kelas sehingga tertinggal dalam pelajaran. Selain itu, pusat tuisyen juga membantu ibu bapa yang kekurangan masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan anak mereka untuk berdaya saing dalam sistem pendidikan di Malaysia atau secara global. Pusat tuisyen berperanan dalam mengukuhkan ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh pelajar di sekolah selain pelajar akan dilatih oleh guru tuisyen atau tutor serta diberi latihan dan latih tubi mengikut kepada subjek. Manakala faktor pusat tuisyen yang berkait dengan masyarakat zaman kini akan diperlihatkan kepada dua faktor iaitu:

  • Kebaikan
Pemahaman pelajar menjadi semakin kukuh dan dapat menyelesaikan isu masalah pembelajaran dengan merujuk secara personal kepada guru tuisyen.

Mendapat banyak latihan tambahan yang akan meningkatkan keupayaan ilmu pengetahuan pelajar. Kaedah yang dikenali sebagai latih tubi memberi satu pengalaman kepada pelajar bagaimana untuk menghadapi realiti peperiksaan yang sebenar.

Membantu pelajar dalam membina keyakinan yang kukuh dalam menghadapi peperiksaan kerana masa dan pengalaman adalah tools yang diperlukan untuk bina suatu keyakinan yang jitu.

Membantu ibu bapa dalam mengendalikan dan memahirkan anak-anak untuk memanfaatkan masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah disamping ilmu yang dipelajari di sekolah.

Pelajar menjadi lebih fokus kerana faktor persekitaran yang baik serta bilangan kelompok pelajar yang sedikit yang membolehkan pelajar bertukar pandangan dan soalan ujian sesama mereka.

  • Keburukan
Terdapat pusat tuisyen mengutamakan keuntungankan berbanding kualiti pelajaran pelajar.Meletakkan bayaran yang tinggi namun kualiti pelajaran dan pembelajaran yang rendah serta menggalakkan pergaulan bebas antara pelajar. 

Menambahkan bebanan ibu bapa dalam membiayai kos tuisyen anak-anak yang tidak berkualiti

Formula dan teknik menjawab soalan yang berbeza dari setiap guru mendatangkan masalah kekeliruan kepada para pelajar

Trauma kepada pelajar apabila ibu bapa sendiri menjadikan pusat tuisyen sebagai medan kompetitif yang mana membandingkan keputusan yang diperoleh anak-anak mereka dengan orang lain


Kriteria sebuah pusat tuisyen yang dilihat oleh masyarakat adalah berkait dengan empat faktor utama iaitu NILAI yang mana memaparkan gambaran nilai yang masyarakat ingin lihat dari sebuah pelajar yang mengikuti sebuah pusat tuisyen sepertimana hadith dari Baihaqi r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa : "Jadilah engkau orang yang berilmu (pandai) atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan ilmu atau yang mincintai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima maka kamu akan celaka." Masyarakat mencari faktor yang boleh membawa kepada KEPERCAYAAN terhadap pusat tuisyen yang mana bagaimana sebuah pusat pendidikan persendirian diamanahkan untuk menguruskan anak-anak mereka sepertimana hadith Nabi Muhammad s.a.w dalam surah Al-Luqman ayat ke 14-17 yang mana ertinya "Didiklah anak-anak kalian, kerana sesungguhnya mereka itu dijadikan untuk menghadapi masa yang berlainan dengan masa kalian ini.". Persoalan mengenai SIKAP dan TINGKAHLAKU  adalah bagaimana para tutor atau guru tuisyen membimbing dan dan mengendalikan masa anak-anak mereka serta ilmu yang dipelajari supaya menjadi bermanfaat sepertimana hadith dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada 'Abdul Qais yang terluka: "Sesungguhnya didalam dirimu ada dua sifat yang disukai oleh Allah yaitu: santun dan sabar."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan