Menunduk Ke Tanah Ataupun Mendongak Ke Langit

Topik "Menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit" adalah suatu topik yang orang tidak berapa nak membincangkan sangat tapi secara realiti itulah yang telah diungkapkan oleh sejarah islam yang lalu yang merujuk kepada situasi umat islami yang kini. Abu Daud seorang perawi hadith telah meriwayatkan mengenai seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Tsauban r.a menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang menggerumuni kamu (umat islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan menggerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'." Seorang sahabat bertanya, 'Apakah wahan itu hai Rasulullah?' Nabi s.a.w menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati." Jadi, apakah relevant antara topik "menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit" dengan sabda Rasulullah s.a.w ini? jawapan nya adalah jumlah umat islam di dunia berjumlah lebih kurang 1.6 bilion (2016) tetapi kita umpama "lauk di dalam talam" dijadikan santapan buat sang kafir kerana seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w umat islam selepas Nabi umpama buih di waktu banjir walaupun agama islam nombor 2 terbesar di dunia mengikut kepada jumlah pengikutnya. Periwayat Abu Daud menjelaskan berkenaan hadith tersebut bahwa Allah s.a.w akan mencabut kemuliaan orang islam apabila umat islam cenderung kepada cinta dunia (tamak, rakus dan cinta pada harta umumnya) dan takut mati (leka dan lupa pada hari pembalasan dan kaut berjihad di jalan Allah yang Maha Tinggi).
Isu 'menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit' akan dikupas berdasarkan kepada fitrah agama dimana terdapat hadith yang menceritakan tentang sifat manusia yang bodoh dan zalim iaitu dari dari surah al-Ahzab [33] : 72 "Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh...". Ayat daripada surah Al-Ahzab tersebut bermaksud dari Ibnu 'Abbas menerangkan mengenai kunci utama kepada ayat diatas adalah ketaatan atau perintah dan larangan yang mana Allah s.w.t telah menawarkan terlebih dahulu kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka menolak kerana takut (gentar) sekiranya melanggar perintah Allah yang Maha Agung. Setelah itu, Allah s.w.t menawarkan kepada Nabi Adam a.s dan diterima lalu Allah s.w.t telah berfirman kepada Nabi Adam a.s, 'jika engkau berbuat baik, engkau akan diberi balasan, jika berbuat buruk, engkau akan disiksa.' Jadi, ulasan utama dalam pencerahan mengenai menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit ini adalah mengenai QOLBU (hati) yang mana Islamwiki.blogspot.com telah menjelaskan bahawa bermula dari qolbu segala keperibadian manusia muncul seandainya pembinaan hati itu dibina di atas syariat maka akan lahir manusia yang berakhlak mulia. Seandainya perjalanan qolbu di terajui oleh kekuasaan nafsu ditambah dengan bisikan-bisikan syaitan maka akan malap nur ilahi dan gemerlapan bisikan syaitan. 

Simpulan kepada isu menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit  ini adalah merujuk kepada Nashaih al-Ibad :36 - 37 adalah Rasulullah s.a.w bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman dimana mereka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara, yaitu: mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat, mencintai hidup dan melupakan mati, mencintai gedung dan melupakan kubur, mencintai harta dan melupakan hari penghitungan dan mencintai makhluk dan melupakan Khalik (Pencipta)." Jadi, menyimpulkan kepada segala point diatas dan ulasan dari Kitab Nashaih Al-Ibad ini telah merungkaikan bahawa menunduk ke tanah bererti merendah diri dan mendongak ke langit bererti membangga akan sesuatu yang membawa kepada kelalaian (ujub). 



http://kamuiyakamu.com/berita-unik/agama-terbesar-dunia/
http://koleksihadisnabi.blogspot.my/2010/11/peristiwa-akhir-zaman.html#uds-search-results
http://islamwiki.blogspot.my/2009/01/manusia-dalam-pandangan-islam.html
http://koleksihadisnabi.blogspot.my/2010/09/iktibar-dari-penciptaan-manusia.html#uds-search-results
http://hadis-islam.blogspot.my/2010/05/hadits-hadits-tentang-kiamat.html
https://hikmatun.wordpress.com/2009/12/08/42-hadith-tentang-peristiwa-akhir-zaman/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan