Global Thinkers Skilled Programme

Global Thinkers Academy (GTAs) telah membawa satu penampilan baharu yang mana dijalankan secara berskala dimana Global Thinkers Skilled Programme diwujudkan untuk menerapkan kemahiran-kemahiran yang dilihat bergerak seiring dengan perubahan era globalisasi seperti teknologi, animasi, komunikasi berbahasa, muzik dan sebagainya. Selain itu, Global Thinkers Academy (GTAs) juga tidak ketinggalan dalam mengembangkan kemahiran-kemahiran yang dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w seperti memanah, renang, seni pertahankan diri. Motif disebalik penubuhan program Global Thinkers Skilled adalah untuk mempersiapkan bakal-bakal "kepimpinan masa hadapan" dimana membentuk seorang umat muslim yang berkepimpinan tinggi, berilmu dan berkemahiran dengan meletakkan ilmu agama sebagai asas kehidupan seperti mana diantara 25 ciri pemimpin islam yang telah dirungkai oleh Al-Quran dan hadith, salah satunya ada menyebut mengenai pemimpin yang berilmu seperti firman Allah s.w.t "Akan tetapi orang-orang zalim mengikut hawa nafsu tanpa ilmu."

Berikut adalah jenis kemahiran yang ditawarkan di pusat Global Thinkers Academy (GTAs) iaitu:

  1. Bahasa Arab Komunikasi
  2. Bahasa English Komunikasi
  3. Fitness
  4. Asas Komputer
  5. Animasi
  6. Photography
  7. Photo editing
  8. Videography
  9. Video editing
  10. Keusahawanan
  11. Melukis komik
  12. Silat
  13. Tae Kwon Do
  14. Renang
  15. Bola Sepak
  16. Memasak
  17. Berbicara
  18. Menjahit
  19. Menulis
  20. Tadabbur Quran
  21. Musical Keyboard
  22. Hafazan Al-Quran
Jadi, senarai tersebut merupakan antara intipati yang disediakan di Global Thinkers Skilled Programme di mana untuk membentuk keperibadian secara luar dan dalam seseorang individu itu. Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran yang ada di dalam diri anda atau anak-anak anda maka sila lah hubungi kami di talian 03- 6122 0489 (pejabat).