Isnin, 5 September 2016

Pendidikan dan sosial anak

Anak-anak adalah sebuah anugerah yang tidak terkira yang diberi oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih dimana anak itu adalah suatu amanah dan merupakan sebuah ujian yang perlu digalas oleh para lelaki dan wanita yang bergelar ibu dan ayah. Menurut kepada bicara Prof. Madya Dr. Mastura Badzis mengenai isu "Pendidikan anak-anak di peringkat awal umur berasaskan binaan kurikulum yang integratif" dalam konteks pendidikan kanak-kanak perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan dan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupan di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990). Dalam sudut pandangan yang berlainan adalah  mengenai keseimbangan dalam pembentukan dan pendidikan kanak-kanak di usia muda diantara ilmu pengetahuan dan keagamaan kerana di peringkat awal mereka akan mengalami kesukaran dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. 

Kepesatan dunia perindustrian yang berglobalisasi kini telah meningkatkan cabaran yang sedia ada dalam penerapan ilmu pengetahuan dan pembentukan sahsiah keagamaan kanak-kanak kerana perlu menempuh alam cyber dan teknologi bermatlumat yang semakin berevolusi. Proses pembentukan sahsiah keagamaan dan penerapan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak akan menjadi semakin mudah seandainya evolusi alam siber dan teknologi bermatlumat dimanfaatkan dengan tujuan yang sebenar dan dipandu dengan suatu sistem kawalan yang utuh kerana setiap kewujudan mempunyai persoalan mengenai sebab dan akibat. Negara yang mudah untuk dijadikan contoh adalah Jepun dimana sebuah negara yang paling cepat untuk bangkit daripada suatu kejatuhan dimana proses evolusi yang dialami oleh Jepun menjadi tumpuan ramai. Oleh itu, seorang pengkaji dari barat telah membuat satu kajian terhadap negara Jepun dan apa yang dapat diperhatikan oleh pengkaji tersebut adalah mentaliti terhadap keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara Jepun  kepada generasi baru.  konsep yang dibawa oleh Jepun adalah komuniti masyarakat lama akan memberi daya ketahanan dari aspek fizikal dan mental, membina daya keintelektualan dan mencungkil potensi komuniti masyarakat muda untuk diadaptasikan dengan perkembangan evolusi dunia yang berlaku.