Khamis, 22 September 2016

Menunduk Ke Tanah Ataupun Mendongak Ke Langit

Topik "Menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit" adalah suatu topik yang orang tidak berapa nak membincangkan sangat tapi secara realiti itulah yang telah diungkapkan oleh sejarah islam yang lalu yang merujuk kepada situasi umat islami yang kini. Abu Daud seorang perawi hadith telah meriwayatkan mengenai seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Tsauban r.a menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang menggerumuni kamu (umat islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan menggerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'." Seorang sahabat bertanya, 'Apakah wahan itu hai Rasulullah?' Nabi s.a.w menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati." Jadi, apakah relevant antara topik "menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit" dengan sabda Rasulullah s.a.w ini? jawapan nya adalah jumlah umat islam di dunia berjumlah lebih kurang 1.6 bilion (2016) tetapi kita umpama "lauk di dalam talam" dijadikan santapan buat sang kafir kerana seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w umat islam selepas Nabi umpama buih di waktu banjir walaupun agama islam nombor 2 terbesar di dunia mengikut kepada jumlah pengikutnya. Periwayat Abu Daud menjelaskan berkenaan hadith tersebut bahwa Allah s.a.w akan mencabut kemuliaan orang islam apabila umat islam cenderung kepada cinta dunia (tamak, rakus dan cinta pada harta umumnya) dan takut mati (leka dan lupa pada hari pembalasan dan kaut berjihad di jalan Allah yang Maha Tinggi).
Isu 'menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit' akan dikupas berdasarkan kepada fitrah agama dimana terdapat hadith yang menceritakan tentang sifat manusia yang bodoh dan zalim iaitu dari dari surah al-Ahzab [33] : 72 "Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh...". Ayat daripada surah Al-Ahzab tersebut bermaksud dari Ibnu 'Abbas menerangkan mengenai kunci utama kepada ayat diatas adalah ketaatan atau perintah dan larangan yang mana Allah s.w.t telah menawarkan terlebih dahulu kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka menolak kerana takut (gentar) sekiranya melanggar perintah Allah yang Maha Agung. Setelah itu, Allah s.w.t menawarkan kepada Nabi Adam a.s dan diterima lalu Allah s.w.t telah berfirman kepada Nabi Adam a.s, 'jika engkau berbuat baik, engkau akan diberi balasan, jika berbuat buruk, engkau akan disiksa.' Jadi, ulasan utama dalam pencerahan mengenai menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit ini adalah mengenai QOLBU (hati) yang mana Islamwiki.blogspot.com telah menjelaskan bahawa bermula dari qolbu segala keperibadian manusia muncul seandainya pembinaan hati itu dibina di atas syariat maka akan lahir manusia yang berakhlak mulia. Seandainya perjalanan qolbu di terajui oleh kekuasaan nafsu ditambah dengan bisikan-bisikan syaitan maka akan malap nur ilahi dan gemerlapan bisikan syaitan. 

Simpulan kepada isu menunduk ke tanah ataupun mendongak ke langit  ini adalah merujuk kepada Nashaih al-Ibad :36 - 37 adalah Rasulullah s.a.w bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman dimana mereka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara, yaitu: mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat, mencintai hidup dan melupakan mati, mencintai gedung dan melupakan kubur, mencintai harta dan melupakan hari penghitungan dan mencintai makhluk dan melupakan Khalik (Pencipta)." Jadi, menyimpulkan kepada segala point diatas dan ulasan dari Kitab Nashaih Al-Ibad ini telah merungkaikan bahawa menunduk ke tanah bererti merendah diri dan mendongak ke langit bererti membangga akan sesuatu yang membawa kepada kelalaian (ujub). 



http://kamuiyakamu.com/berita-unik/agama-terbesar-dunia/
http://koleksihadisnabi.blogspot.my/2010/11/peristiwa-akhir-zaman.html#uds-search-results
http://islamwiki.blogspot.my/2009/01/manusia-dalam-pandangan-islam.html
http://koleksihadisnabi.blogspot.my/2010/09/iktibar-dari-penciptaan-manusia.html#uds-search-results
http://hadis-islam.blogspot.my/2010/05/hadits-hadits-tentang-kiamat.html
https://hikmatun.wordpress.com/2009/12/08/42-hadith-tentang-peristiwa-akhir-zaman/

Selasa, 20 September 2016

Program Historace

Program Historace yang dijalankan oleh Global Thinkers Clan (GT Clan) pada 17 September 2016 bersempena Hari Malaysia telah membawa seramai 30 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang membawa kepada 10 orang fasilitator yang terdiri daripada lelaki dan wanita telah dijalankan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Lokasi bagi Program Historace ini telah dijalankan bermula dari LRT Masjid Jamek ke Dataran Merdeka kemudian ke Galeri Seni Alatan Muzik lalu menuju ke destinasi Kompleks Sultan Abdul Samad seterusnya ke Muzium Tekstil akhirnya peserta dibawa melawat ke Galeri Kuala Lumpur. Setiap aktiviti yang dijalankan di sepanjang Program Historace berlangsung adalah bertujuan untuk memupuk sifat para lelaki dan wanita untuk sentiasa merendah diri kerana disitulah terletaknya salah satu tiang kepada makna sebenar "merdeka". Aktiviti seperti yang dijalankan di Kompleks Sultan Abdul Samad iaitu makan nasi yang digaul bersama garam ataupun ubi keledek yang dimakan bersama garam bertujuan untuk mengingatkan kepada generasi terkini akan perjuangan yang telah dikorbankan orang-orang tua generasi terdahulu untuk kita generasi sekarang menikmati akan nikmat "Kemerdekaan" dan"Hari Malaysia". Aktiviti yang dijalankan semasa Program Historace di Galeri Seni  Alatan Muzik iaitu peserta diminta untuk memberi tiga nama alatan muzik berserta negeri alatan muzik dan aktiviti di Galeri Tekstil iaitu peserta diminta untuk membuat tengkolok daripada kain pelikat yang dibawa oleh fasilitator adalah bertujuan untuk menyedarkan generasi muda yang terleka ini bahawa sebenarnya kita masih tidak sebenar-benarnya bebas daripada pengertian "penjajahan" dan "kemerdekaan" itu sendiri. Kita dapat melihat budaya K-POP (Korea) dan Hollywood (Barat) semakin menular dalam hati dan perilaku generasi kini yang mana sehingga membuat mereka menutup mata akan persempadanan hukum agama, nilai estetik malaysia serta nilai penerimaan/kemasukan budaya luar ke rakyat Malaysia sudah semakin terhakis. Jadi motif utama GT Clan membawa program sedemikian ke tengah masyarakat adalah untuk membimbing masyarakat muda ke aturan perjalanan yang sebenar kerana nilai estetik negara malaysia bukannya diletakkan dibawah telunjuk budaya luar seperti mana pepatah yang diucapkan oleh Pahlawan Melayu, Panglima Hang Tuah "Tidak akan hilang melayu di dunia" masihkah relevan dengan zaman kini sekiranya tidak diatasi permasalahan yang ada? Persoalan yang perlu dirungkaikan adalah "adakah kita menjadi tuan di tanah air sendiri ataupun kita yang diperhambakan di tanah air sendiri?"

Selasa, 13 September 2016

Program Cuti Sekolah September 2016





Tempoh pembesaran seorang anak ini adalah merupakan "slide" (tayangan) kepada kisah perjalanan kehidupan kita pada masa yang telah lalu. Bagi anak-anak,  mereka melihat dan meneladani perilaku dan personaliti para ibu dan ayah malah apa yang ditonjolkan oleh ibu bapa itulah merupakan kisah perjalanan kehidupan anak-anak pada masa yang akan datang. Salah satu ceramah al fadhil Ustaz Abdullah khairi mengenai ibu bapa dan anak-anak ada mengatakan bahawa 'Sekiranya kita sama ada sebagai anak-anak atau ibu bapa mempunyai masalah maka baliklah rumah, duduk dan renungkan kembali apa dosa yang kita ada dengan kedua ibu bapa kita kerana dosa anak-anak kepada kedua ibu bapanya adalah merupakan antara yang dikatakan Allah s.w.t akan bayar secara cash (tunai)." Maka wajarkah masyarakat mengatakan "salah mak ayah tidak mengajar anak-anak betul-betul.." sekiranya terjadi sesuatu masalah.
Fungsi Program Cuti Sekolah September 2016 yang dianjurkan oleh kami, Global Thinkers Academy adalah untuk menyampaikan dakwah kepada mereka melalui cara perkongsian ilmu yang santai. Disamping itu, kami ingin membantu anak-anak ini dalam mengatasi masalah 'obses' dengan teknologi supaya mereka dapat menyeimbangkan diantara pembentukan kearah dunia dan akhirat. Program Cuti Sekolah September 2016 ini bertujuan untuk menyampaikan hasrat dan tujuan kehadiran kami dalam kehidupan masyarakat yang mana adalah untuk membantu para masyarakat membentuk jiwa dan akhlak khalifah muda ini dengan dakwah islamiah yang elok. 

Selasa, 6 September 2016

Pusat Tuisyen

Definisi tuisyen adalah bimbingan tambahan dalam bidang pendidikan kepada pelajar sama ada secara individu atau secara berkumpulan bagi mata pelajaran yang diperlukan. Perkataan tuisyen ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, "Tuition" yang bermaksud "pengajaran". Lim Nguk Liang dan Mohd Isha Awang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyatakan bahawa pusat tuisyen adalah institusi pendidikan secara persendirian yang dikendalikan secara perseorangan atau secara berorganisasi. Menurut dua orang pengkaji dari UUM ini, aktiviti pusat tuisyen bermula pada tahun 1950an yang mengfokuskan kepada pelajar yang terpinggir dari pengajian di sekolah-sekolah kerajaan kerna sebab tertentu seperti gagal di peperiksaan awam. Hadith Ibnu Abdul Barr telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a yang mana telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa: "Carilah ilmu sekalipun di negeri Cina, kerna sesungguhnya mencari itu wajib bagi seorang muslim laki-laki dan perempuan. Dan sesungguhnya para malaikat menaungkan sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerna redho terhadap amal perbuatannya."

Fungsi sebuah pusat tuisyen adalah untuk membantu mereka (pelajar) yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran, tidak minat belajar, kurang faham atau mempunyai masalah fokus dalam kelas sehingga tertinggal dalam pelajaran. Selain itu, pusat tuisyen juga membantu ibu bapa yang kekurangan masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan anak mereka untuk berdaya saing dalam sistem pendidikan di Malaysia atau secara global. Pusat tuisyen berperanan dalam mengukuhkan ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh pelajar di sekolah selain pelajar akan dilatih oleh guru tuisyen atau tutor serta diberi latihan dan latih tubi mengikut kepada subjek. Manakala faktor pusat tuisyen yang berkait dengan masyarakat zaman kini akan diperlihatkan kepada dua faktor iaitu:

  • Kebaikan
Pemahaman pelajar menjadi semakin kukuh dan dapat menyelesaikan isu masalah pembelajaran dengan merujuk secara personal kepada guru tuisyen.

Mendapat banyak latihan tambahan yang akan meningkatkan keupayaan ilmu pengetahuan pelajar. Kaedah yang dikenali sebagai latih tubi memberi satu pengalaman kepada pelajar bagaimana untuk menghadapi realiti peperiksaan yang sebenar.

Membantu pelajar dalam membina keyakinan yang kukuh dalam menghadapi peperiksaan kerana masa dan pengalaman adalah tools yang diperlukan untuk bina suatu keyakinan yang jitu.

Membantu ibu bapa dalam mengendalikan dan memahirkan anak-anak untuk memanfaatkan masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah disamping ilmu yang dipelajari di sekolah.

Pelajar menjadi lebih fokus kerana faktor persekitaran yang baik serta bilangan kelompok pelajar yang sedikit yang membolehkan pelajar bertukar pandangan dan soalan ujian sesama mereka.

  • Keburukan
Terdapat pusat tuisyen mengutamakan keuntungankan berbanding kualiti pelajaran pelajar.Meletakkan bayaran yang tinggi namun kualiti pelajaran dan pembelajaran yang rendah serta menggalakkan pergaulan bebas antara pelajar. 

Menambahkan bebanan ibu bapa dalam membiayai kos tuisyen anak-anak yang tidak berkualiti

Formula dan teknik menjawab soalan yang berbeza dari setiap guru mendatangkan masalah kekeliruan kepada para pelajar

Trauma kepada pelajar apabila ibu bapa sendiri menjadikan pusat tuisyen sebagai medan kompetitif yang mana membandingkan keputusan yang diperoleh anak-anak mereka dengan orang lain


Kriteria sebuah pusat tuisyen yang dilihat oleh masyarakat adalah berkait dengan empat faktor utama iaitu NILAI yang mana memaparkan gambaran nilai yang masyarakat ingin lihat dari sebuah pelajar yang mengikuti sebuah pusat tuisyen sepertimana hadith dari Baihaqi r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa : "Jadilah engkau orang yang berilmu (pandai) atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan ilmu atau yang mincintai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima maka kamu akan celaka." Masyarakat mencari faktor yang boleh membawa kepada KEPERCAYAAN terhadap pusat tuisyen yang mana bagaimana sebuah pusat pendidikan persendirian diamanahkan untuk menguruskan anak-anak mereka sepertimana hadith Nabi Muhammad s.a.w dalam surah Al-Luqman ayat ke 14-17 yang mana ertinya "Didiklah anak-anak kalian, kerana sesungguhnya mereka itu dijadikan untuk menghadapi masa yang berlainan dengan masa kalian ini.". Persoalan mengenai SIKAP dan TINGKAHLAKU  adalah bagaimana para tutor atau guru tuisyen membimbing dan dan mengendalikan masa anak-anak mereka serta ilmu yang dipelajari supaya menjadi bermanfaat sepertimana hadith dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada 'Abdul Qais yang terluka: "Sesungguhnya didalam dirimu ada dua sifat yang disukai oleh Allah yaitu: santun dan sabar."


Isnin, 5 September 2016

Pendidikan dan sosial anak

Anak-anak adalah sebuah anugerah yang tidak terkira yang diberi oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih dimana anak itu adalah suatu amanah dan merupakan sebuah ujian yang perlu digalas oleh para lelaki dan wanita yang bergelar ibu dan ayah. Menurut kepada bicara Prof. Madya Dr. Mastura Badzis mengenai isu "Pendidikan anak-anak di peringkat awal umur berasaskan binaan kurikulum yang integratif" dalam konteks pendidikan kanak-kanak perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan dan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupan di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990). Dalam sudut pandangan yang berlainan adalah  mengenai keseimbangan dalam pembentukan dan pendidikan kanak-kanak di usia muda diantara ilmu pengetahuan dan keagamaan kerana di peringkat awal mereka akan mengalami kesukaran dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. 

Kepesatan dunia perindustrian yang berglobalisasi kini telah meningkatkan cabaran yang sedia ada dalam penerapan ilmu pengetahuan dan pembentukan sahsiah keagamaan kanak-kanak kerana perlu menempuh alam cyber dan teknologi bermatlumat yang semakin berevolusi. Proses pembentukan sahsiah keagamaan dan penerapan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak akan menjadi semakin mudah seandainya evolusi alam siber dan teknologi bermatlumat dimanfaatkan dengan tujuan yang sebenar dan dipandu dengan suatu sistem kawalan yang utuh kerana setiap kewujudan mempunyai persoalan mengenai sebab dan akibat. Negara yang mudah untuk dijadikan contoh adalah Jepun dimana sebuah negara yang paling cepat untuk bangkit daripada suatu kejatuhan dimana proses evolusi yang dialami oleh Jepun menjadi tumpuan ramai. Oleh itu, seorang pengkaji dari barat telah membuat satu kajian terhadap negara Jepun dan apa yang dapat diperhatikan oleh pengkaji tersebut adalah mentaliti terhadap keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara Jepun  kepada generasi baru.  konsep yang dibawa oleh Jepun adalah komuniti masyarakat lama akan memberi daya ketahanan dari aspek fizikal dan mental, membina daya keintelektualan dan mencungkil potensi komuniti masyarakat muda untuk diadaptasikan dengan perkembangan evolusi dunia yang berlaku.