Isnin, 15 Ogos 2016

sekolah Rendah Islam Al-Fikriyyah

Sekolah Rendah Islam Al-Fikriyyah adalah sebuah institusi yang bergerak sebagai pembina ummah islam yang berilmu dan berakhlak dimana penekanan pengajaran diberi mengikut tahap penerimaaan pelajar yang mengikuti pendidikan di sini supaya mereka mudah memahami dan menerima pelajaran dengan sempurna. Sekolah Rendah Islam Al-Fikriyyah membahagikan module pembelajaran kepada lima (5) bahagian iaitu:

  • Iqra Interaktif
Module ini direka untuk menarik minat murid-murid untuk membaca Al-Quran dengan lebih cepat dan efektif. Module Iqra Interaktif ini telah direka mengikut kepada kehendak sukatan kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana kini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan matlamat supaya dapat membantu murid dalam mempelajari membaca Al-Quran dengan mudah dan cepat. Kaedah yang akan digunakan oleh instruktor (guru) Al-Fikriyyah adalah murid-murid akan diajar asas Al-Quran supaya dapat mengenali bentuk atau tulisan dan sebutan bagi setiap huruf tunggal hijaiyah. Disamping itu, pelajar akan dilatih untuk menghafal surah-surah lazim di dalam A-Quran.
  • KAFA
Sistem KAFA di Global Thinkers Academy mempunyai ciri-ciri istimewanya yang tersendiri jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah KAFA yang lain. Pendidikan KAFA di Global Thinkers Academy mengfokuskan tumpuan pelajaran dan pembelajaran kepada murid-murid kerana bilangan pelajar yang terhad di dalam kelas, suasana kelas yang berhawa dingin akan menjadikan anak-anak anda lebih fokus dan menikmati waktu pembelajarannya. Sistem KAFA disini juga menekankan pembelajaran AL-Quran secara "Tahfiz" iaitu dilatih utnuk menghafal Al-Quran dan diajar makna bagi setiap surah didalam Al-Quran. Sistem KAFA ini bermatlamat untuk membentuk "Al-Quran bergerak" dalam menyampaikan dakwah dan ilmu yang dimilikinya kelak.
  • Tahsin Tahassan
Module Tahsin Tahassan akan mendedahkan beberapa kaedah atau teknik asas dalam pembelajaran Al-Quran, ilmu asas tajwid, makhroj, fasahah dan pelbagai lagi dengan cara pendekatan yang lebih mudah dan menyeronokkan. Malah, pelajar akan turut dilatih untuk menghafal surah-surah lazim dengan bimbingan ustaz atau ustazah yang berpengalaman. 
  • Celik Jawi
Module celik jawi adalah suatu sistem pembelajaran yang akan didedahkan tentang sistem tulisan jawi. Tujuan module celik jawi direka adalah kerana sejarah tanah melayu di zaman lampau telah menunjukkan bahawa bahasa jawi dan bangsa melayu itu sendiri adalah sungguh akrab. Sejarah juga telah membuktikan bahawa tulisan jawi pernah menjadi wacana bahasa yang telah mengangkat tahap keilmuan di mercu kegemilangan pada suatu masa dahulu. Module celik jawi ini bermatlamat untuk menyemarakkan lagi rasa cinta  pada tulisan jawi juga membantu pelajar untuk cemerlang dalam subjek pendidikan islam dan subjek KAFA.

  • Tahfiz Tadabbur
Suatu module yang telah dirangka bagi membantu pelajar ubtuk menghafaz dan memahami Al-Quran.  Teknik tahfiz tadabbur ini dirangka untuk disesuaikan dengan mereka  yang tidak mempunyai asas bagi bahasa arab. Pelajar akan dilatih untuk menghafal ayat-ayat suci al-quran menggunakan teknik interaktif yang mana melibatkan pergerakan tubuh badan untuk membantu dalam proses penghafalan. Pada masa yang sama, pelajar turut akan dilatih untuk menghafal maksud ayat-ayat suci al-quran sebagai suatu proses kefahaman. Module Tahfiz Tadabbur ini mempunyai tiga matlamat iaitu; 'menghafal', 'fahami' dan 'hayati' yang menjadi kunci kepada program ini.

Isnin, 8 Ogos 2016

Global Thinkers Skilled Programme

Global Thinkers Academy (GTAs) telah membawa satu penampilan baharu yang mana dijalankan secara berskala dimana Global Thinkers Skilled Programme diwujudkan untuk menerapkan kemahiran-kemahiran yang dilihat bergerak seiring dengan perubahan era globalisasi seperti teknologi, animasi, komunikasi berbahasa, muzik dan sebagainya. Selain itu, Global Thinkers Academy (GTAs) juga tidak ketinggalan dalam mengembangkan kemahiran-kemahiran yang dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w seperti memanah, renang, seni pertahankan diri. Motif disebalik penubuhan program Global Thinkers Skilled adalah untuk mempersiapkan bakal-bakal "kepimpinan masa hadapan" dimana membentuk seorang umat muslim yang berkepimpinan tinggi, berilmu dan berkemahiran dengan meletakkan ilmu agama sebagai asas kehidupan seperti mana diantara 25 ciri pemimpin islam yang telah dirungkai oleh Al-Quran dan hadith, salah satunya ada menyebut mengenai pemimpin yang berilmu seperti firman Allah s.w.t "Akan tetapi orang-orang zalim mengikut hawa nafsu tanpa ilmu."

Berikut adalah jenis kemahiran yang ditawarkan di pusat Global Thinkers Academy (GTAs) iaitu:

  1. Bahasa Arab Komunikasi
  2. Bahasa English Komunikasi
  3. Fitness
  4. Asas Komputer
  5. Animasi
  6. Photography
  7. Photo editing
  8. Videography
  9. Video editing
  10. Keusahawanan
  11. Melukis komik
  12. Silat
  13. Tae Kwon Do
  14. Renang
  15. Bola Sepak
  16. Memasak
  17. Berbicara
  18. Menjahit
  19. Menulis
  20. Tadabbur Quran
  21. Musical Keyboard
  22. Hafazan Al-Quran
Jadi, senarai tersebut merupakan antara intipati yang disediakan di Global Thinkers Skilled Programme di mana untuk membentuk keperibadian secara luar dan dalam seseorang individu itu. Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran yang ada di dalam diri anda atau anak-anak anda maka sila lah hubungi kami di talian 03- 6122 0489 (pejabat).

Isnin, 1 Ogos 2016

School Attack Programme

The establishment of this school attack program is to enhance communicative skill in English among the students and to produce multilingual students who can fulfill the emerging needs of an international market in the context of an increasingly globalized world.
This program will be held for one hour and a half and would include indoor location. This program is designed to provide primary school students with an opportunity to improve their conversational English ability by practicing, listening and speaking in English with a fun, informal academic environment.
The purpose of this program is to give a high exposure of English to the lower-level students, in hope that the students will be fully immerse in the English language through activities with other students and facilitators.
Hopefully, the cooperation between all the participants, members and the committees will ensure the success of all the activities that will be conducted. Last but not least, it is really hoped that this program will run smoothly and the objectives will be achieved successfully.
If interested to have a business with us then please call us at 03- 6122 0489 (office).

Penubuhan program School Attack ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kebolehan berkomunikasi menggunakan bahasa english dikalangan pelajar dan untuk menghasilkan pelajar yang mahir menggunakan pelbagai bahasa yang mana boleh memenuhi keperluan pasaran di peringkat antarabangsa di dalam konteks untuk meningkatkan bilangan globalisasi dunia. 
Program School Attack ini akan diadakan untuk selama satu (1) jam setengah yang turut melibatkan lokasi aktiviti "indoor". Program ini direka untuk pelajar sekolah rendah dengan sebuah peluang untuk memperbaiki kebolehan untuk berbual menggunakan bahasa english melalui kaedah latihan, mendengar dan bercakap dalam bahasa english dengan keseronokan, persekitaran akademik yang tidak formal. 
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan yang tinggi terhadap bahasa english kepada pelajar tahap rendah, dengan harapan adalah supaya pelajar boleh berinteraksi dengan bahasa english melalui aktiviti dikalangan pelajar dan para fasilitator.
Dengan harapan, kerjasama diantara semua peserta, kenalan dan ahli jawatankuasa untuk memastikan kejayaan segala aktiviti yang akan dijalankan. Akhir sekali, kami mengharapkan bahawa program ini akan berjalan dengan lancar dan objektif akan dapat dicapai dengan jayanya. 
Sekiranya berminat untuk mempunyai urusan perniagaan dengan kami maka sila telefon kami di 03- 6122 0489 (pejabat).

Mengenai Kami

Global Thinkers Academy (GTAs) adalah sebuah pusat pengajian bahasa dan agama yang mementingkan keseimbangan diantara pendidikan dan moral dikalangan warga kerja Global Thinkers Academy dan pelanggan mereka. Melalui moto perniagaan Global Thinkers Academy iaitu "We Create Future Leaders" telah meletakkan asas keagamaan sebagai asas perniagaan mereka untuk diterapkan kepada para anak-anak pelanggan seperti yang telah diamanahkan kerana kami memegang hadith Abu Hurairah R.A. yang mana Rasullulah S.A.W bersabda: Sesungguhnya aku bagi mu adalah seperti orang tua kepada anaknya. (Hadith riwayat Abu Dawud, Nasa'i dan Ibnu Hibban. Kami sebagai warga kerja di Global Thinkers Academy (GTAs) ini nekad dan iktikad dalam menjalankan tugas dan amanah dalam membentuk keperibadian para pemimpin masa hadapan yang berkualiti tinggi dengan menjadikan mereka di didik dengan asas agama yang mapan dalam menjadikan pusat kami adalah sebuah pusat dakwah yang terbaik dan mereka sebagai sebuah aset negara yang utuh seperti mana hadith riwayat Imam Al-Bukhori dan Muslim iaitu "Barangsiapa yang mengkehendaki kebaikan di dunia maka dengan ilmu. Barangsiapa yang mengkehendaki kebaikan di akhirat maka dengan ilmu. Barangsiapa yang mengkehendaki keduanya maka dengan ilmu."

Global Thinkers Academy (GTAs) juga menyediakan khidmat pengurusan untuk aktiviti-aktiviti luar di peringkat sekolah rendah, menengah dan di institusi-institusi pendidikan tinggi seperti fasilitator, penyedia module-module kem motivasi dan Global Thinkers Skilled Programme yang mana warga-warga fasilitator diambil dari kalangan warga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai pengalaman fasilitator. Tujuan Global Thinkers Academy dalam melibatkan golongan pelajar IPT dalam perniagaan kami ini adalah kerana kami ingin berkongsi rezeki bersama mereka juga motif utama adalah untuk memandu, menggilap dan mengembangkan potensi dalam diri setiap remaja dan belia yang ada melalui program pembangunan jatidiri yang menyeluruh. Menurut hadith riwayat Mutafaq 'Alaihi dari Ibnu Umar r.a melaporkan: Rasulullah s.a.w telah bersabda "Seorang muslim adalah saudara (lain) muslim, ia tidak kesalahan dia juga tidak menyerahkannya kepada orang yang tidak dia salah jika ada memenuhi kebutuhan saudaranya, Allah akan memenuhi kebutuhannya, jika satu mengurangi seorang muslim dari kesulitan, Allah s.w.t akan mengurangkan kesulitannya pada hari kiamat, dan jika ada yang menutupi seorang muslim (dosa-dosanya), Allah akan menutupi dia (dosa-dosanya) di Hari Kebangkitan.

Sekiranya anda berminat untuk bersama kami untuk menjalin hubungan perniagaan disamping berdakwah bersama maka sila hubungi kami di 03- 6122 0489 (pejabat)

Superb English Programme

Superb English is a constructed module which aims to develop oral proficiency and students’

confidence in using English. The module promotes effective speaking in classrooms by

engaging students in communicative activities. Students have the opportunity to explore and

strengthen their English communication skills through interactive activities such as acquiring

good pronunciation, a wide range of vocabulary, grammatical accuracy and practical

activities such as public speaking and drama.

Superb English’ merupakan satu modul dirangka bertujuan untuk mengasah bakat lisan dan

keyakinan pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Modul ini melatih pengucapan

berkesan dalam bilik darjah melalui penglibatan langsung pelajar dalam aktiviti komunikatif.

Pengukuhkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris terbentuk melalui aktiviti-aktiviti

interaktif seperti memperoleh sebutan yang baik, kepelbagaian dalam penggunaan

perbendaharaan kata, ketepatan tatabahasa dan aktiviti praktikal seperti pengucapan awam

dan drama.

Funtastic English is designed to encourage students speaking in English by engaging students

through fun activities. The activities help stimulates students’ communication skills to

develop oral proficiency. The activities are mainly made around shared experiences, to be

done in pairs and groups so that students learn to respond spontaneously in any

communication situation.

‘Funtastic English’ dirangka untuk menggalakkan pelajar bercakap dalam bahasa Inggeris

dengan melibatkan pelajar melalui pendekatan santai, seronok sambil belajar. Aktiviti di

dalam bilik darjah akan membantu merangsang kemahiran oral pelajar. Aktiviti

kebanyakannya berkisar kepada pengalaman yang dikongsi, yang mana perlaksanaannya ialah

secara berpasangan dan kumpulan dalam memupuk pelajar merespon secara spontan dalam

apa jua keadaan komunikasi.

Dynamic English provide strong foundations for effective speaking in using English with

confidence. The module aims to develop students’ confidence in various communication

situations, both formal and informal. Proficiency in speaking includes knowledge not only of

the language but also social and cultural norms, and the ability to respond appropriately in a

variety of situations. The activities included are public speaking and English at Workplace

which will definitely help students building a rapport in their career. 

‘Dynamic English’ menyediakan asas yang kukuh untuk pengucapan berkesan dalam

penggunaan Bahasa Inggeris secara yakin. Modul ini bertujuan untuk membina keyakinan

pelajar dalam pelbagai situasi komunikasi, sama ada rasmi dan tidak rasmi. Kemahiran dalam

berbahasa bukan sahaja pengetahuan bahasa tetapi juga keupayaan untuk bertindak balas

sewajarnya dalam situasi yang pelbagai. Aktiviti tersenarai termasuk pengucapan awam dan

penggunaan bahasa matang di bawah label pengucapan awam dan pertuturan english di Tempat Kerja di mana yang pasti akan membantu pelajar dalam membentuk kerjaya mereka.

If interested in our Global Thinkers Academy (GTAs) business then don't be hesitate to call us at 03- 6122 0489 (office)
Sekiranya berminat dalam perniagaan Global Thinkers Academy (GTAs) kami ini maka jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di 03- 6122 0489 (pejabat).